Wednesday 11 April 2012

http://naseeryaacob.edu.glogster.com/alat-muzik/

INILAH projek akhir Teknologi Pengajaran yang telah aku dan rakanku hasilkan ...terima kasih yang tidak terhingga terhadap Haslinawati dan Mohd Naseer..terima kasih atas komitmen yang telah diberikan...

Wednesday 4 April 2012

Inilah wajah-wajah kesayanganku...yang terpaksa kutinggalkan seketika ...untuk ku kejar cita-cita..bagi memastikan hari-hari yang mendatang akan menjanjikan sebuah kebahagian...InsyaAllah

Monday 2 April 2012

Bukankah Allah telah berfirman..."bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati"..kita semua akan mati..CUMA bilakah saat itu akan tiba???Seandainya kita tahu bahawa hari ini adalah HARI TERAKHIR untuk kita..apakah yang akan kita lakukan....???
Aku wujudkan blog ini asalnya untuk subjek Teknologi Pengajaran semata-mata...tapi, makin diteroka makin seronok rasanya. walaupun pada peringkat awal amat sukar untuk aku..tapi berkat rajin bertanya, rajin meneroka...akhirnya terhasillah blog duniaku yang tidak seberapa ini...
Namun...aku berpuas hati kerana tak ku sangka aku mampu menghasilkan blog ini..
Walaupun sesukar mana, akan aku teruskan penerokaan ilmu ini..ku ingin menjadi seperti lebah..yang sanggup bersusah payah terbang ke sana ke mari mencari madu..untuk bekalan masa hadapan..